Saturday, May 23, 2009

Chapter One : Hey, It's Pleasure to Meet You!

0 comments
CHAPTER ONE : Hey, It's Pleasure To Meet You!

Suasana bising penuh dengan puluhan manusia yang sedang membanjiri perkarangan Skatepark Shah Alam amat membingitkan telinga. Kelihatan berpuluh manusia di Burger King ditambah dengan keadaan KFC yang sesak dengan pengunjung yang hadir untuk memeriahkan pertandingan Sukan Ekstrem yang paling dinanti-natikan oleh peminat arena sukan ekstrem di Malaysia iaitu "Karnival Sukan Ekstrem Remaja 2008". 'Adoi bising betul lah' gerutuku dalam hati. 'Ini semua pasal Armand lah, Kalau tak tak ingin aku datang sini' tambahku bermonolog dalam hati. Tiba-tiba namaku dipanggil dari belakang. "Wei Elle, kau buat apa kat sana tu, sini lah doh" Armand memanggilku dengan penuh semangat. "Dodol, Kau diam sikit boleh tak? Kuat doh suara kau sampai nak pekak dah telinga aku ni! Sengal" marahku geram pada Armand. Eh! Chop... Lupa pulak aku nak kenalkan korang semua dengan Armand Fasyr Bin Dato' Seri Ahmad Tarmizi. Pelik kan nama dia? Hm, pemain No.1 papan luncur atau nama glamournya Skateboard di Malaysia yang dah menang banyak pingat tak kiralah dalam atau luar negara. Pergh, hebat mamat ni gua cakap lu! Tabik spring lah semua pemain skateboard kat Malaysia ini dengan kehebatan Armand. Bertuah aku dapat jadi member baik dia doh... Ops, terlebih sudah! "Yang kau duduk tercegat kat sana tu sapa suruh? Sinilah aku nak kenalkan kau dengan kawan-kawan aku ni.... Biar dorang tahu betapa Hotnya Girlfriend aku ni! Ewah" usik Armand. "Eh budak, agak-agak sikit eh aku Girlfriend kau! Tolong sikit, tak berkenan aku. Hahaha" gelakku membalas usikan Armand. Armand menjelang ke arahku dan membalas kritikan pedasku "Kau ingat aku nak kat kau ke? Blah ar pompuan! Ramai lagi yang nak kat aku yang hot lagi famous ni okay?" guraunya kasar. "Wei, main kasar nampak? Penampar aku kau tak pernah makan kan kan kan?" balasku dengan nada yang agak tinggi. "Hahaha.... aku gurau jelah sayang! Kau lah satu-satunya kawan perempuan yang terbaik aku pernah ada seumur hidupku. Kawan sehidup semati... Oh Elle!" pujuk Armand sambil mencubit pipiku yang agak tembam ni ar. 'Sengal lah mamat ni, bikin aku temper je doh' gerutuku dalam hati. "Hah yelah kau! Tahu pon takut kan Armand yang hot lagi famous?" perliku. "Eh mana ada aku takut... Risau lah kau marah, kau tu kalau marah dah la macam harimau. Singa laut pun lari tengok kau marah dan mengamuk oh!" usik Armand penuh penjelasan. 'Mamat ni, tak habis-habis ngusik akulah'. Aku hanya mampu tertawa melayan kerenah kawan karibku yang berlagak famous dan bajet hot tu. Tapi Armand memang hot wei.... Anak Dato' Serilah katakan. Baju tak macam branded je. Topman la, Sub-Zero lah, LV lah... Poyo betul! Muka dah lah sebijik macam Aaron Aziz, sapa je tak cair tengok mamat ni. Aku pun pernah ter'crush' dengan dia tapi sekadar camtu camtu jelah! Ends up kita orang berkawan karib sudah hampir tiga tahun. Semua story suka duka aku dia pasti menjadi pendengar setia dan begitulah sebaliknya. Sayang aku pada Armand hanyalah sebagai teman dan tidak lebih dari itu... Cinta? Oh, not now please!

Setelah selesai menonton pertandingan Game of S.K.A.T.E, Armand mengajak aku ke Burger King untuk menjamu selera sementara menantikan keputusan para pengadil dan pengumuman pemenang yang bakal diadakan setelah semua game tamat. Tiba-tiba mataku melirik terpandang seorang mamat ni.... Oh no, boleh tahan seh! Jantungku berdegup kencang. Dup dap dup dap... Ah, sudah! Asal tiba-tiba tak keruan ni? Aku bertambah tidak keruan apabila mamat itu membalas pandanganku dengan senyuman yang paling manis bak Robert Pattinson dalam cerita favorite aku Twilight. OH MY GOD! Jantungku berhenti berdegup... siot ar asal kau senyum kat aku, dah nak terbang dah ni wei... Mamat yang sedang duduk-duduk di bawah pokok bersama basikal BMX nya nampak penuh bergaya dan sexy sekali!... Opssss, Elle kawal emosi, terlebih sudah! Sorry guys! Aku segera membalas senyuman mamat itu tadi dengan senyuman yang paling manis dan ayu sekali ala-ala senyuman wajah Erra Fazira ketika dia menjuarai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia tahun berapa pun aku tak ingat. Namun lamunanku terhenti tatkala mendengar suara Armand menjerit memanggilku. "Babe cepat lah! Aku nak makan burger ni, aku makan kau karang kang tahulah!" marah Armand sambil melambaikan tangannya. "Yelah, datang ni!" jeritku. Pergh.... siapakah gerangan lelaki yang telah berjaya mengoyangkan jantung dan mengegarkan duniaku sebentar tadi? Hm, tanya Armand lah kejap lagi, mungkin dia kenal barangkali kan? Oh, senyuman itu manis sekali!

"Si gadis cantik manis, anda mahu makan apa yah?' Armand bertanya dengan nada yang mengada-ngada. "Wei, dah lah... Kau ni tak habis-habis nak ngusik aku tau! Hm, apa special sini? Aku tak biasa dow makan Burger King ni... First time kot!" balasku kepada Armand. "Dah ar kau pergi cari tempat duduk dulu. Sat gi aku mai bawa makanan untuk kau okay?" ucap Armand sambil memerhatikan menu Burger King. "Alright Buddy! Thanks yah" balasku ringkas. Aku berjalan terus ke meja yang tidak berpenghuni bersebelahan tingkap restoran Burger King betul-betul menghadap arena Skatepark Shah Alam. Dari situ dapat ku lihat mamat dengan senyuman yang manis itu tadi sedang beraksi di lantai arena BMX. Oh, budak flatland rupanya. Hebat juga, pergerakan yang pantas berserta dengan teknik yang mampu melemahkan lutut musuh aku perhatikan dari tingkap restoran itu. "Hm, Syed Muhd Taufiq Bin Syed Mohd Razak. Future No.1 BMX Flatlander in Malaysia yang bakal mengalahkan Abang Mat Dahi. Lebih dikenali dengan Botak Kuantan" terang Armand panjang lebar ketika aku sedang asyik dan khayal memerhatikan mamat tadi itu. "Oh shoot! Terkejut aku" sentapku. "Ops, Sorry didn't mean too! Aku tengok kau asyik sekali tengok mamat tu perform... Tu lah aku saja je kenalkan sedikit sebanyak profil mamat tu kat kau. Berkenan apa?" usik Armand seolah-olah memerli aku. "Cantik dan kemas pergerakan dia. Sangat smooth dan pantas! I wonder who's his sifu?" soalku pada Armand. "Botak ada Sifu? I don't think so... Rakan seperjuangan adalah.... Lan Ipoh, BMX Flatlander yang memang sangat dikenali dalam arena sukan BMX Malaysia. Selalu aku tengok dorang berlatih sama-sama. Dua-dua sama hebat, sama padan! Tag team yang mantap sekali" ulas Armand menjawab segala persoalan yang berlegar di ruang fikiranku. "Oh patutlah hebat... Tapi kan dia tak botak pun aku tengok?" balasku smabil tergelak memerhatikan mamat tadi yang telah selesai mempersembahkan aksinya sebentar tadi. "Nama samaran jelah cik kak oi! Kalau nak ingat nama pemain-pemain memang payah lah budak-budak ekstrem yang ramai ni nak ingat" jawab Armad sambil tergelak juga dan menolak set Burger King di atas meja ke arahku. "Nah makan! Kau tu keping je aku tengok! Makan banyak-banyak" arah Armand. " Baik bos! Yang menurut perintah!" usikku pada Armand kembali. Aku menyuap burger yang memang bersaiz king ke mulutku. Mak ai besarnya, boleh abis ke? Nama pun Burger King kan? hahaha....

Setelah selesai makan, Armand membawaku ke tempat member-member skateboardnya melepak. "Guys, kenalkan ni Zuria Norelle Bt Zainol Rasyidin atau lebih dikenali dengan nama Elle" kenal Armand pada member-membernya. "Elle ni Jojo, Kechik Kepong, Faris dan Bro Nik Ipoh, MY skate teamate" kenal Armand padaku semula. Cheh, kenalkan macamlah aku ingat nama dia orang ni sume kan? "Hye Guys, Elle" aku memperkenalkan diriku sambil menghulurkan tangan ku pada mereka. 'Wah Faris boleh tahan yah' hatiku berdetik. Eh apa kau ni Elle, ada-ada jelah! Kemudian Armand membawa aku ke arah budak-budak BMX yang sedang melepak di bawah pokok itu tadi. Ah sudah Armand nak bawa aku ke mana lah ni! "Armand, kau nak bawa aku kat mana nih?' soalku tenang tetapi dalam hatiku hanya Allah jelah yang tahu betapa tak keruannya hatiku pada saat itu. "Nak bawa kau kenal budak-budak BMX pula lah! Kau kan hot, mana tahu melekat sorang kan?" Armand mengusik. 'Chis, mulut masin betul lah mamat ni' aku mengomol dalam hati. "Korang! Aku nak kenalkan korang dengan awek aku nih.... Ni Elle, cun tak?" Armand memperkenalkan aku sebagai aweknya di hadapan mamat yang mempunyai senyuman yang manis itu tadi bersama member-membernya yang berada di situ. Tanganku segera menyiku perut Armand. Dia mengerang kesakitan. "Sakitlah yang! You ni kenapa?" usik Armand lagi. Tiba-tiba mamat tadi itu bersuara "Hye Elle. It's Pleasure To Meet You! I Taufiq a.k.a Botak Kuantan." ucap mamat itu memperkenalkan dirinya. Oh My God, cair jantung aku siot dengar suara dia! "Hm, hye... Elle" aku menghulurkan salam dan salam aku disambut olehnya. 'Terbang dah aku ni, sah aku dah terbang!' bicaraku di dalam hati yang berbunga riang tak hingat nih. Mamat di sebelah Taufiq seolah-olah tidak memperdulikan kehadiranku. Let me guess, Lan Ipoh kot tu tengok pada gayanya. "Hello, Elle! You?". Mamat itu sekadar memalingkan muka dan menjawab "Hye Lan Ipoh!" dan memalingkan mukanya daripadaku. Pergh, sombong siot! hm, tak pelah asalkan si Botak ni sudi tegur aku pun jadilah... Hahaha... tawaku dalam hati. Cheh bahagia ke apa?

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB adun Shah Alam. Macam biasalah kategori skate diungguli oleh tak lain tak bukan Si Armand tu lah. Balik-balik dia, bosan aku! Eh Elle jealous ke apa? Jealous? Oh please! Bangga adalah, member karib menang sapa tak suka kan? Bagi kategori BMX Flatland pemenangnya jatuh kepada Taufiq a.k.a Botak Kuantan. Boleh tahan kan? Adoi, apa perasaan ni??? Dia berjaya mengalahkan abang Mat Dahi dan Lan Ipoh yang tidak kurang hebatnya. Pemenang kategori masing-masing akan membawa pulang trofi kemenangan berserta wang tunai! 'Pergh, kaya lagi lah Si Armand tu' getusku dalam hati. Ramai gadis-gadis yang bajet hot dan seksi ingin mengambil gambar dengan Armand setelah dia diumumkan sebagai pemenang. Gedik betul! Wah senyum lebar eh kau Armand? Satu suara tiba-tiba datang menyapaku. "Hye Elle, You ada myspace?' soal Taufiq. Adeh, tanya myspace aku pulak dah... Cair kali ke berapa pun tak ingat dah! "Hm...ada-ada! add lah I..." wah laju aku menjawab pertanyaan Taufiq itu tadi. "Nak add macam mana kan e-mail you pun I tak tahu?" soal Taufiq penuh pengertian. Hadeh, lupa pulak! "Hm, you ada myspace Armand? I ada kat top friend dia. Elle nama I. Add jelah dari situ" balasku sambil melemparkan senyuman ke arahnya. Taufiq mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi bersama basikal BMX nya. Adoi, kenapa kau ni Elle? Berdebar je jantung tiap kali pandang dia. Cair tiap kali mendengar suaranya. Adakah ini cinta? Eww~ Whatever! Armand memanggilku dan mengajakku pulang. Kereta Fair Lady Armand meluncur laju meninggalkan arena saktepark Shah Alam.


>>>>To be continued in Chapter 2

♥ Eyla